Berdasarkan tajuk yang
diberikan ingin saya kongsikan di sini berkenaan pembedahan mata melalui kaedah
proses lasik. Ramai yang mengalami masalah mata lebih-lebih lagi rabun jauh
bagi peringkat remaja. Kaedah lasik merupakan proses di mana kornea mata kita
di bentuk semula bagi menyerupai fungsi cermin mata. Jadi tidak hairanlah jika
sesiapa yang pernah melakukan rawatan ini dapat melihat objek yang jauh dengan
lebih jelas. Jadi terdapat beberapa prosedur semasa melakukan rawatan ini. Anda
akan mejalani 3 pemeriksaan mata. Antaranya ialah :-
- Pemeriksaan mata untuk melihat 'power' mata. Tetapi bagi mereka yang pakai ‘contact lens’, mereka tidak akan dibenarkan pakai lens sekurang-kurangnya 3 hari sebelum datang untuk kaedah yang pertama ini.
- Kemudian anda akan di bawa ke satu mesin untuk melihat keadaan anak mata.
- Seterusnya anda akan menjalani ujian yang ke-3 di mana mata anda akan dititiskan dengan 2 jenis ubat untuk kebaskan mata. Anda akan di suruh duduk, pandang depan dan jangan bergerak serta tidak mengerakkan mata semasa proses ini dijalankan. Dengan satu alat besi seperti pen mata anda akan dicucuk sedikit untuk mengukur ketebalan tisu lapisan mata (ciliary muscle). Dengan ubat yang dititiskan pada mata, lebih mudah mata anda diperiksa dengan lebih jelas dan terperinci. Secara ringkasnya, antara yang diperiksa ialah 'eye topography', visual acuity, astigmatism, intra-ocular pressure dan banyak lagi pemeriksaan. Tuntasnya sebelum proses lasik dijalankan, mata kita perlu di periksa dengan teliti agar tidak berlaku sebarang masalah selepas proses lasik dilakukan.
- Kemudian ada lagi prosedur untuk menguji mata yang melibatkan banyak mesin yang digunakan untuk memeriksa mata anda.
- Selepas itu , pada hari sebelum proses lasik mata dilakukan mata anda akan dititiskan dengan ubat yang baru iaitu ubat yang agak pedih sedikit (menurut pesakit yang pernah melakukan lasik mata). Fungsinya ialah untuk merehatkan otot-otot mata.
- Kemudian, anda di tempatkan di sebuah bilik pembedahan semasa proses lasik dijalankan anda tidak dibenarkan sama sekali memakai alat solek dan juga minyak wangi. Sebabnya adalah untuk mengelakkan bau bahan kimia memenuhi ruang atmosfera bilik pembedahan.
- Mata anda akan diletakkan dengan iodine untuk bunuh bakteria. Seterusnya mata anda akan ditanda dengan menggunakan ‘marker pen’ sebagai penanda untuk prosedur mata yang hendak di’laserkan’. Mata akan dibuka seluas-luasnya dengan ditarik pada bahagian kelopak mata di bahagian atas dan bawah mata dan di plaster agar mata tidak berkelip.
- Bermulalah prosedur di mana besi seperti cankuk diletakkan di atas mata untuk mengelakkan mata daripada bergerak. Beberapa titis ubat diletakkan di atas mata supaya mata menjadi kebas jadi pesakit tidak akan merasa sakit semasa prosedur dijalankan. Kemudian doktor akan meletakkan satu besi logam bulat berlubang tengah yang sama saiz dengan anak mata anda. Bermulalah mesin pertama untuk membuat ‘corneal flap’ Bahagian epithelium kornea kita akan dihiris (slice) tanpa menggunakan pisau (bladeless). Mata akan difokuskan ke arah cahaya hijau dan proses flap selesai.
- Seterusnya , selepas selesainya prosedur ‘flap creation’ anda akan ditempatkan di sebuah mesin di mana mata anda akan di’laser’kan dengan cahaya merah. Dengan kiraan 10 pancaran cahaya merah akan menembusi mata dengan bau seakan-akan terbakar, ianya adalah normal semasa menjalankan prosedur ini. Akhir sekali anak mata ditutup kembali dengan kornea mata yang telah dpotong. Selesai prosedur lasik mata.
Kos
bagi rawatan ini boleh dianggarkan mencecah RM6000 ke atas bagi yang berumur
menjangkau 40 tahun ke atas. Bagi remaja
mungkin dalam lingkungan RM2000 . Tetapi kebiasaannya kos sebenar hanya akan
diketahui apabila selesai menjalani LASIK.
Kesimpulannya,
banyak kesan yang baik lepas sahaja melakukan proses mata. Penglihatan mata
akan menjadi lebih terang dan mudah jelas untuk memfokuskan sesuatu. Jadi tidak
perlulah memakai cermin mata yang kadangkala amat merimaskan.
Sekian J
Menjalani lasik di excelview midvalley. Kualiti pandangan sgt x best. X tajam. Malam sgt teruk. Pada sy yg belom buat lasik tu.. x pyh la buat
ReplyDelete