Sunday, 8 September 2013

Hidup di Kampung Vs Hidup di Bandar

Assalamualaikum

               Di sini saya ingin menyentuh sedikit berkenaan hidup di kampung dan hidup di bandar. Kalau di buat pilihan sama ada ingin hidup di bandar atau di kampung, sudah pasti saya akan memilih kampung kerana saya sendiri berasal dari kampung dan itulah faktor saya memilih kampung. Antara faktor saya memilih untuk tinggal di kampung kerana suasana yang tidak begitu sibuk berbanding tinggal di bandar. Suasana yang aman dan damai membuatkan fikiran serta merta menjadi tenang kerana pemandangan yang yang mengasyikkan. Keadaan kampung yang tidak begitu sesak, lebih memudahkan penduduk untuk berurusan dengan apa jua keadaan. Selain itu keadaan kampung juga tidak begitu membingitkan telinga. Berbeza pula di bandar. Keadaan yang sesak amat merimaskan kepada sesiapa sahaja yang menghadapinya. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi, terutamanya bagi yang sudah bekerja. Mungkin satu keluhan buat mereka kerana menghadapi kesesakkan lalu lintas yang amat meletihkan. Mereka terpaksa bangun pada awal pagi sedangkan waktu mereka masuk kerja masih lama. Tetapi untuk mengelakkan keadaan sedemikian, mereka terpaksa melakukannya.

                Walaubagaimanapun di antara dua kehidupan ini masih lagi terdapat kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Tinggal di kampung masih lagi dalam keadaan serba kekurangan antaranya kemudahan untuk mendapatkan rawatan. Sukar digambarkan sekiranya dalam keadaan yang mencemaskan untuk mereka mendapatkan bantuan daripada jiran. Tambahan pula penduduk kampung bukanlah yang datang dari keluarga yang senang jadi sukar bagi mereka nak menghantar ahli keluarga yang sakit. Bagi kehidupan di bandar pada pandangan saya, mereka lebih beruntung kerana kebanyakannya mempunyai kemudahan yang mencukupi dan tiada masalah dalam apa yang sudah sedia di depan mata.

               Kesimpulannya, hidup di kampung dan hidup di bandar mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang kita sudah sedia maklum. Tiada racist ^-^



Suasana kampung yang mendamaikan :)


Keadaan bandar yang terang benderang :)

Sekian...

No comments:

Post a Comment