Monday, 9 September 2013

Proses Lasik Mata

Assalamualaikum...

          Berdasarkan tajuk yang diberikan ingin saya kongsikan di sini berkenaan pembedahan mata melalui kaedah proses lasik. Ramai yang mengalami masalah mata lebih-lebih lagi rabun jauh bagi peringkat remaja. Kaedah lasik merupakan proses di mana kornea mata kita di bentuk semula bagi menyerupai fungsi cermin mata. Jadi tidak hairanlah jika sesiapa yang pernah melakukan rawatan ini dapat melihat objek yang jauh dengan lebih jelas. Jadi terdapat beberapa prosedur semasa melakukan rawatan ini. Anda akan mejalani 3 pemeriksaan mata. Antaranya ialah :-


  • Pemeriksaan mata untuk melihat 'power' mata. Tetapi bagi mereka yang pakai ‘contact lens’, mereka tidak akan dibenarkan pakai lens sekurang-kurangnya 3 hari sebelum datang untuk kaedah yang pertama ini.
  • Kemudian anda akan di bawa ke satu mesin untuk melihat keadaan anak mata.
  • Seterusnya anda akan menjalani ujian yang ke-3 di mana mata anda akan dititiskan dengan 2 jenis ubat untuk kebaskan mata. Anda akan di suruh duduk, pandang depan dan jangan bergerak serta tidak mengerakkan mata semasa proses ini dijalankan. Dengan satu alat besi seperti pen  mata anda akan dicucuk sedikit untuk mengukur ketebalan tisu lapisan mata  (ciliary muscle). Dengan ubat yang dititiskan pada mata, lebih mudah mata anda diperiksa dengan lebih jelas dan terperinci. Secara ringkasnya, antara yang diperiksa ialah 'eye topography', visual acuity, astigmatism, intra-ocular pressure dan banyak lagi pemeriksaan. Tuntasnya sebelum proses lasik dijalankan, mata kita perlu di periksa dengan teliti agar tidak berlaku sebarang masalah selepas proses lasik dilakukan.
  • Kemudian ada lagi prosedur untuk menguji mata yang melibatkan banyak mesin yang digunakan untuk memeriksa mata anda.
  • Selepas itu , pada hari sebelum proses lasik mata dilakukan mata anda akan dititiskan dengan ubat yang baru iaitu ubat yang agak pedih sedikit (menurut pesakit yang pernah melakukan lasik mata). Fungsinya ialah untuk merehatkan otot-otot mata.
  • Kemudian, anda di tempatkan  di sebuah bilik pembedahan semasa proses lasik dijalankan anda tidak dibenarkan sama sekali memakai alat solek dan juga minyak wangi. Sebabnya adalah untuk mengelakkan bau bahan kimia memenuhi ruang atmosfera bilik pembedahan.
  • Mata anda akan diletakkan dengan iodine untuk bunuh bakteria. Seterusnya mata anda akan ditanda dengan menggunakan ‘marker pen’ sebagai penanda untuk prosedur  mata yang hendak di’laserkan’. Mata akan dibuka seluas-luasnya dengan ditarik pada bahagian kelopak mata di bahagian atas dan bawah mata dan di plaster agar mata tidak berkelip.
  • Bermulalah prosedur di mana besi seperti cankuk diletakkan di atas mata untuk mengelakkan mata daripada bergerak. Beberapa titis ubat diletakkan di atas mata supaya mata menjadi kebas jadi pesakit tidak akan merasa sakit semasa prosedur dijalankan. Kemudian doktor akan meletakkan satu besi logam bulat berlubang tengah yang sama saiz dengan anak mata anda. Bermulalah mesin pertama untuk membuat ‘corneal flap’ Bahagian epithelium kornea kita akan dihiris (slice) tanpa menggunakan pisau (bladeless). Mata akan difokuskan ke arah cahaya hijau dan proses flap selesai.
  • Seterusnya , selepas selesainya prosedur ‘flap creation’ anda akan ditempatkan di sebuah mesin di mana mata anda akan di’laser’kan dengan cahaya merah. Dengan kiraan 10 pancaran cahaya merah akan menembusi mata dengan bau seakan-akan terbakar, ianya adalah normal semasa menjalankan prosedur ini. Akhir sekali anak  mata ditutup kembali dengan kornea mata yang telah dpotong. Selesai prosedur lasik mata.



Kos bagi rawatan ini boleh dianggarkan mencecah RM6000 ke atas bagi yang berumur menjangkau 40 tahun ke atas.  Bagi remaja mungkin dalam lingkungan RM2000 . Tetapi kebiasaannya kos sebenar hanya akan diketahui apabila selesai menjalani LASIK.
Kesimpulannya, banyak kesan yang baik lepas sahaja melakukan proses mata. Penglihatan mata akan menjadi lebih terang dan mudah jelas untuk memfokuskan sesuatu. Jadi tidak perlulah memakai cermin mata yang kadangkala amat merimaskan.


Sekian J

Cita-cita lepas grad ~

Assalamualaikum...

               Di sini ingin saya kongsikan apa yang boleh di lakukan lepas tamat sahaja diploma ijazah dan lain-lain. Ramai yang menganggur selepas tamat sahaja diploma di universiti atau kolej. Mereka tidak tahu apa yang boleh di lakukan sebaliknya mereka hanya mengambil kerja 'part time' sebagai kerja sambilan sebelum mendapat pekerjaan tetap. Ada juga yang bekerja dengan keluarga sendiri untuk meluangkan masa  yang lapang dan ada juga yang merantau jauh untuk medapatkan pekerjaan yang lebih baik.

               Jadi apa yang boleh dilakukan bagi graduan yang baru sahaja tamat diploma. Mereka juga boleh menyambung 'degree' di universiti tempatan untuk menambah lebih pengetahuan. Mungkin juga mereka boleh dapatkan kerja yang lebih baik walaupun dalam peringkat diploma. Sebagai contoh ada yang mengambil jurusan komputer yang baru sahaja tamat diploma di sebuah kolej swasta. Beliau mendapat kerja di sebuah pasaraya. Beliau juga ditawarkan bekerja yang meibatkan komputer. Mungkin sebagai 'leader' kalau tidak silap saya. Jadi tidak mustahil dalam jangka masa yang pendek untuk mereka dapatkan pekerjaan. Pada zaman ini, kebanyakannya lebih banyak peluang pekerjaan yang melibatkan pemasaran. Bidang ini amat luas. Kesimpulannya, pada mereka yang baru sahaja lepas grad janganlah terlalu bimbang jika tidak dapat pekerjaan. Tambahan pula, janganlah ada sikap terlalu memilih pekerjaan yang kita dapat kerana mungkin salah satu perkara supaya kita labih bersedia pada hari yang mendatang. :)


sekian :)






Sunday, 8 September 2013

Hidup di Kampung Vs Hidup di Bandar

Assalamualaikum

               Di sini saya ingin menyentuh sedikit berkenaan hidup di kampung dan hidup di bandar. Kalau di buat pilihan sama ada ingin hidup di bandar atau di kampung, sudah pasti saya akan memilih kampung kerana saya sendiri berasal dari kampung dan itulah faktor saya memilih kampung. Antara faktor saya memilih untuk tinggal di kampung kerana suasana yang tidak begitu sibuk berbanding tinggal di bandar. Suasana yang aman dan damai membuatkan fikiran serta merta menjadi tenang kerana pemandangan yang yang mengasyikkan. Keadaan kampung yang tidak begitu sesak, lebih memudahkan penduduk untuk berurusan dengan apa jua keadaan. Selain itu keadaan kampung juga tidak begitu membingitkan telinga. Berbeza pula di bandar. Keadaan yang sesak amat merimaskan kepada sesiapa sahaja yang menghadapinya. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi, terutamanya bagi yang sudah bekerja. Mungkin satu keluhan buat mereka kerana menghadapi kesesakkan lalu lintas yang amat meletihkan. Mereka terpaksa bangun pada awal pagi sedangkan waktu mereka masuk kerja masih lama. Tetapi untuk mengelakkan keadaan sedemikian, mereka terpaksa melakukannya.

                Walaubagaimanapun di antara dua kehidupan ini masih lagi terdapat kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Tinggal di kampung masih lagi dalam keadaan serba kekurangan antaranya kemudahan untuk mendapatkan rawatan. Sukar digambarkan sekiranya dalam keadaan yang mencemaskan untuk mereka mendapatkan bantuan daripada jiran. Tambahan pula penduduk kampung bukanlah yang datang dari keluarga yang senang jadi sukar bagi mereka nak menghantar ahli keluarga yang sakit. Bagi kehidupan di bandar pada pandangan saya, mereka lebih beruntung kerana kebanyakannya mempunyai kemudahan yang mencukupi dan tiada masalah dalam apa yang sudah sedia di depan mata.

               Kesimpulannya, hidup di kampung dan hidup di bandar mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang kita sudah sedia maklum. Tiada racist ^-^



Suasana kampung yang mendamaikan :)


Keadaan bandar yang terang benderang :)

Sekian...